Ticker

6/recent/ticker-posts

MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI SUKMA BERPUAS HATI PERSIAPAN KELANTAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 2 Mac – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bil. 12/2025 yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh berpuas hati dengan tahap persiapan Negeri Kelantan sebagai tuan rumah SUKMA XXIII pada tahun 2028.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, YB Zamakhshari Muhamad, dalam satu hantaran di media sosial, memaklumkan bahawa beliau telah membentangkan perkembangan terkini berkaitan kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau (Madinah ar-Riadhah) serta persiapan negeri itu bagi penganjuran temasya sukan berprestij tersebut di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu lalu. 

"Alhamdulillah, mesyuarat berpuas hati dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kelantan dalam membuat persiapan ini.

"Pihak Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengeluarkan surat lantikan rasmi kepada Kelantan dalam masa terdekat sebagai tuan rumah SUKMA XXIII pada tahun 2028.

"Persiapan ini diharap dapat mempertingkatkan kemudahan sukan di Kelantan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan atlet berprestasi tinggi di negeri ini," katanya dalam catatan tersebut pada Rabu.

YB Zamakhshari turut merakam penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Ketua Setiausaha KBS, Ketua Pengarah MSN serta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan atas sokongan padu dalam merealisasikan impian negeri itu menjadi tuan rumah SUKMA 2028.



Post a Comment

0 Comments