Ticker

6/recent/ticker-posts

Rumah Hakim Syariah terbakar



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Rumah milik Hakim Mahkamah Syariah Bachok, Zulkifli Muhamad, yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Bunut Payong hangus dalam kebakaran malam tadi. 


Ketika kejadian berlaku Zulkifli bersama keluarga difahamkan menunaikan solat tarawih di masjid. 


Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,  beliau akan mengusahakan pembinaan telaga tiub di Kampung Bunut Payong bagi mengatasi masalah air tekanan rendah khususnya kegunaan Bomba dan Penyelamat bagi memadam kebakaran.


Menurutnya, akibat kekurangan air dari pili bomba, mereka terpaksa menggunakan air tangki di sekolah berhampiran untuk memadam kebakaran tersebut. 



Takiyuddin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu berkata, Kampung Bunut Payong merupakan kawasan padat penduduk.


"Pada masa yang sama rumah di kawasan ini  agak rapat serta laluan sempit, menjadikan risiko kebakaran lebih tinggi," katanya selepas melawat lokasi kejadian malam tadi. 


Turut Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman.


Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota Bomba dari Balai Bomba Kota Bharu, Kota Darulnaim, Tunjong dan Kota Jembal serta bomba sukarela.


Sebuah kenderaan pacuan empat roda hampir musnah dalam kebakaran tersebut.


Shaari pula berkata, kerajaan negeri Kelantan akan menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa menerusi Tabung Serambi Mekah.

Post a Comment

0 Comments