Ticker

6/recent/ticker-posts

Umno minoriti di Perak



Oleh Arus Lebir

MENGAMBIL kira jumlah kerusi Dun Perak sekarang jelas dikuasai Perikatan Nasional (PN). Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15 lepas PN menguasai 26 Dun. Pakatan Harapan (PH)  pula menang 24 kerusi. 


Paling malang BN-Umno apabila hanya bertapak di 9 kerusi Dun. Maruah Umno diselamatkan PH untuk terus kekal menguasai kerajaan negeri. 


'Perkahwinan paksa' itu membolehkan Saarani Mohamad dijulang semula sebagai menteri besar (MB). Namun kerajaan diketuai Umno di Perak bukan lagi memiliki kuasa mutlak. DAP sebagai abang besar pakatan PH-BN. 


Namun, majoriti tipis kerajaan Madani Perak boleh berubah pada 26 April ini. PRK Dun Sungai Kuning kalau silap percaturan boleh menyebabkan gabungan PH-BN berkurang kepada 32 dan PN melonjat ke kedudukan 27. Hanya berbeza 5 kerusi. 



Situasi itu tidak dapat dinafikan biar pun Umno mempunyai pengaruh agak kuat di Dun Ayer Kuning. 


Hari ini Umno sudah ghairah menyenaraikan nama calon, seperti mahu mengulangi kejayaan di Nenggiri, Gua Musang tahun lepas. 


Namun perlu diambil kira komposisi pengundi bukan Melayu di Dun Ayer Kuning iaitu kira-kira 30 peratus. Bukan Melayu mendominasi Unit Daerah Mengundi (UDM) Air Kuning Selatan,  Sungai Keroh,  Coldstream,  Banir Utara dan Kampung Rahmat. Terdapat 20 UDM di Dun terbabit.


Situasi BN kehilangan banyak kerusi pada PRU lepas masih dirasai sehingga sekarang. BN  sekadar menang di Dun Temengor, Kota Tampan, Lintang, Belanja, Pengkalan Baharu, Chenderiang, Ayer Kuning, Rungkup dan Behrang.

 

PH pula kehilangan empat kerusi yang diwakili Amanah iaitu Dun Manjoi, Pasir Panjang, Kamunting dan Behrang manakala PKR berjaya merampas Hutan Melintang serta menang di Tualang Sekah. 


Mungkin jalan selamat BN boleh memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP. Ini kerana kepimpinan Saarani dan Zahid Hamidi jelas ditolak rakyat Perak pada PRU lepas. 



Kemelut itu mungkin memberi peluang PN tampil dengan lebih bergaya. Rakyat Perak sekarang bukan lagi seperti dahulu. Sejarah negeri itu pernah menyaksikan Speaker Dun Perak pada era Pakatan Rakyat pernah diusung ke luar dewan. 


Namun, hari ini Umno dan DAP bertaut kembali. Rakyat Perak masih ingat sandiwara tersebut. Mereka seperti tertipu. Hari ini mereka bangkit semula mencorak semula landskap politik Perak.

Post a Comment

0 Comments