Oleh : Che Maziah Mat
“Berdasarkan pencapaian penuh calon mengikut kategori tersebut, hanya 4,963 calon layak mendapat sijil, manakala calon yang mendapat pernyataan pula seramai 114 orang dan ia dilihat menurun berbanding pada tahun 2023 dengan jumlah 151 calon terlibat.
Manakala, calon yang gagal dalam semua mata pelajaran pula ialah seramai 13 calon berbanding dengan 35 calon pada tahun 2023,” katanya semasa Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bagi Sekolah-Sekolah YIK, hari ini.
Tambahnya lagi berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), tiga buah sekolah teratas dengan GPS masing-masing adalah pertamanya Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah (1.68), Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (1.90) dan ketiga adalah Maahad Sains Tok Guru (2.34).
Seterusnya, antara sekolah-sekolah yang terbaik mengikut GPS terdiri daripada Maahad Kawalan seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah (1.68), Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (1.90) dan Maahad Sains Tok Guru (2.34). Bagi Maahad Pilihan pula Maahad Saniah Pasir Puteh (3.75), Maahad Muhammadi Pasir Pekan (3.84) dan Maahad Muhammadi Tumpat (3.94).
Sementara itu, bagi Maahad Kerajaan pula, Maahad Syamsul Maarif Perempuan, Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas dan Maahad Syamsul Maarif Lelaki, masing-masing mencatatkan GPS 4.37, 4.93 dan 5.50.
“Saya mewakili kerajaan negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar cemerlang ini dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam usaha memajukan sistem pendidikan di negeri ini.
Dengan keputusan yang diumumkan ini guru-guru, ibu bapa dan pelajar diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang,” ulasnya.
0 Comments