Ticker

6/recent/ticker-posts

Ahli2 Parlimen Dunia Gesa IPU Bertindak, Israel 'Angkat Kaki

 '


TASHKENT, 6 April 2025 — Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi telah mewakili Parlimen Malaysia ke Persidangan Ahli Parlimen Sedunia (Inter-Parliamentary Union, IPU) ke-150 yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan.

Dalam sesi perbahasan deraf resolusi khas berkaitan konflik Palestin, Mumtaz telah diberi penghormatan sebagai pembahas pertama dan mencadangkan tiga syor utama yang mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Syor tersebut ialah gesaan agar IPU memperakui dan menyokong penubuhan semula Parlimen Palestin, sejajar dengan komitmen IPU terhadap prinsip demokrasi. 

Selain itu, Mumtaz mengesyorkan supaya frasa “menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)” dalam draf resolusi digantikan dengan “mematuhi keputusan ICJ”. Tegas beliau, kegagalan Israel untuk mematuhi keputusan tersebut merupakan satu pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan mencemar imej IPU sendiri.


Beliau juga menggesa agar istilah “genosid” dimasukkan ke dalam draf resolusi memandangkan situasi yang sedang berlaku di Palestin menunjukkan unsur pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Wakil Israel dilaporkan telah keluar meninggalkan dewan persidangan semasa sesi perbahasan dan pengundian resolusi itu berlangsung.

Perhimpunan Agung IPU ke-150 menghimpunkan 2000 ahli parlimen dari seluruh dunia untuk membincangkan isu-isu global berkaitan keamanan, hak asasi manusia dan tadbir urus demokratik.

Post a Comment

0 Comments