Ticker

6/recent/ticker-posts

Amerika Syarikat hadapi risiko besar serang Iran



Oleh Dr Zulkeflee Yaacob

AMERIKA Syarikat (AS) tiada untung malah mengambil risiko berantakan perang nuklear dengan Iran semata-mata mahu mempertahankan Israel. 


Malah tak masuk akal permusuhannya terhadap Iran hanya kerana sebagai pelobi Israel. Trump dilihat sengaja melakukan provokasi ke atas Iran agar memulakan perang.


Konflik Iran dengan AS berpunca daripada Israel yang menggunakan AS untuk menyingkirkan mana-mana negara yang menghalang kemaraan Zionis Israel. Malah catatan silam Iran dan AS berantakan dan berperang akibat pedagang pistachio Amerika tidak dapat menyaingi rasa pistachio Iran.


Produksi pistachio Iran meningkat menjadi hampir 300,000 tan metrik, iaitu naik 15 peratus seperti dilapor Darioush Salempour dari Kementerian Pertanian. Pada tahun 2000, Iran menguasai sekitar 80 peratus hingga tahun 2022 eksport pistachio AS. Ia direkod tertinggi di pasaran dunia.


Para pedagang dunia mendapati pistachio Iran lebih enak dan tidak menyaingi rasa pistachio AS yang juga digunakan dalam pelbagai kuih lokal dan aiskrim. Malah harga pistachio Iran lebih mahal, iaitu tujuh dolar dibandingkan lima dolar pistachio Amerika di pasaran.


Produk pistachio antara barang eksport bukan gas dan minyak (nonmigas) terpenting Iran. Iran memiliki kawasan pistachio terluas di dunia, dengan keluasan mencapai 360 000 hektar. 



Iran telah membangun projek pistachio komersial terbesar di dunia diikuti AS dalam pasaran global. Iran dan AS pada waktu mutakhir menghadapi konflik proksi sehingga membuat telahan jika pesawat B-52 AS memasuki zon udara Iran akan meledak hangus dan jatuh. 


Menurut Paul C. Robert mantan pegawai pejabat kementerian AS seperti dilapor media antarabangsa menganggap pesawat pengebomnya tidak akan berjaya masuki wilayah udara Iran, malah jet tempur apa pun AS akan meledak di langit kelak.


Ini kerana Iran memiliki sejumlah besar radar hipersonik jarak jauh yang mengesan pesawat menyebabkan AS akan kehilangan setiap kapal induk yang telah bersedia di kawasan strategik.


Ia menjadi kekalahan AS yang amat memalukan jika Iran menggunakan kekuatan yang tidak menjangkakan. Jika AS meneruskan berantakan atas sikap dendam dan menggunakan senjata nuklear, mereka akan tewas kerana kasus perang dilihat sekadar uji senjata nuklear.


Iran cuba menghindari konfrontasi tetapi AS telah menyerang beberapa militan Iran di Yaman, Suriah dan Iraq sebelumnya. Reaksi Teheran juga menyerang kelompok anti-Iran di Iraq, Suriah dan Pakistan. 


Iran telah membangun jaringan militan Islam, anti-Barat dan anti-Israel yang dilatih, dan dipersenjatai. Militan tersebut menjadi lebih agresif terutama kelompok Houthi di Yaman, yang mengganggu jalur pelayaran penting Laut Merah akhir-akhir ini.


Sementara Washington mundur atau keluar dari Timur Tengah selama bertahun-tahun, tetapi kembali ke wilayah dengan memiliki jejak militan yang agak besar di dunia Arab sebelum perang Israel-Hamas, dengan kehadiran lebih daripada 30,000 tentera.



Pascaperang itu, Washington memperkuatkan postur militan di wilayah tersebut, dipetik sumber media dari Pentagon berlaku memindahkan sekitar 1200 anggota militan AS ke dalam kelompok penyerang kapal induk Angkatan Laut dan Unit Ekspedisi Marin yang dianggotai sekitar 2000 orang ke Timur Tengah.


Militan Iran siap siaga, malah telah meluncurkan latihan baru di zon pertahanan udara barat dan utara negara itu termasuk Fordow dan Khondab yang menjadi tempat pengayaan uranium dan fasilitas air berat. 


Pasukan pertahanan udara dan angkatan darat memainkan peranan utama dan solidariti di bawah panji negara telah menampilkan misi cenderung menyerang dan defensif dengan rudal, radar, peperangan elektronik, inteligen, elektronik dan unit pengintaian, serta sistem tipu daya pesawat tempur dan gempur.



Angkatan bersenjata Iran cukup terlatih dalam pelbagai kasus pertahanan pasif, taktikal perang dengan sistem pertahanan dan mobilitas canggih serta tembakan sistem rudal yang bertujuan mengevaluasi operasional berkesan dan tempur rapi terhadap potensi serangan musuh.


Oleh itu, rakyat AS mengambil risiko bencana korban jika kasus perang Iran-AS kerana meluncur perang dunia ketiga membabit negara luar jangka kerana ukuran dan uji tahap misi persenjataan masing-masing.

Post a Comment

0 Comments