Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTAN KOMITED TINGKAT PRESTASI PENTADBIRAN TANAH - MB



KOTA BHARU, 22 April 2025 – Kerajaan Negeri Kelantan sedang giat melaksanakan pelbagai langkah untuk mempertingkatkan prestasi pentadbiran tanah secara menyeluruh, termasuk melalui pelaksanaan Sistem E-Tanah di seluruh negeri menjelang tahun 2028.

YAB Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, ketika menjawab soalan YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Yunus (Pasir Tumboh) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini berkata, beberapa enakmen telah diluluskan dan kini dikuatkuasakan, antaranya Enakmen Pesuruhjaya Tanah Kelantan 2017, Enakmen Hak Akses Utiliti 2022, dan Enakmen Pertanian 2022, bagi memperkukuh bidang kuasa dan keberkesanan pentadbiran tanah negeri.

Menjawab soalan tambahan, beliau memaklumkan bahawa kerajaan melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah melaksanakan pelbagai program latihan kolaboratif bersama institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kecekapan pegawai tanah. Di samping itu, penempatan strategik serta pengambilan pegawai teknikal seperti jurukur, pegawai penilai dan pegawai geologi turut dipergiatkan.

Beliau juga memaklumkan bahawa cadangan mewujudkan Dashboard Prestasi Tanah secara waktu nyata (real-time) sedang dipertimbangkan bagi memantau permohonan hak milik, tukar syarat dan geran tanah secara lebih sistematik dan telus.

Kerajaan Negeri turut menyatakan hasrat untuk memperkasakan penguatkuasaan undang-undang tanah menerusi sistem e-Tanah, di mana notis-notis penguatkuasaan dapat dijejaki dan dipantau secara digital, sekali gus mengurangkan kes kelewatan atau keciciran tindakan

Post a Comment

0 Comments