Ticker

6/recent/ticker-posts

KERAJAAN NEGERI KOMITED BANTU USAHAWAN KECIL, SEDERHANA KELANTAN

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Ab Rahman


Oleh: Farhan Fauzai

KOTA BHARU, 23 April - Kerajaan negeri Kelantan menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus komited dalam memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini melalui pelbagai inisiatif dan sokongan berterusan.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui platform jualan di Kala Sentral yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan produk dan barangan usahawan tempatan, penganjuran Program Jualan Kala Festival serta penyertaan usahawan dalam ekspo dan pameran di dalam dan luar negara melalui platform digital keusahawanan.”

Demikian menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman ketika menjawab persoalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Paloh, YB Dato’ Shaari Mat Hussain dalam Persidangan Dewan Negeri Kelantan Penggal ke-15, hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paloh, YB Dato’ Shaari Mat Hussain

Tambah beliau, usaha berterusan ini telah membuahkan hasil apabila banyak produk keluaran PKS dari Kelantan berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Produk yang terlibat merangkumi pelbagai sektor termasuk produk kesihatan, makanan dan minuman.

Jelasnya lagi, antara negara yang menjadi destinasi eksport produk PKS Kelantan adalah Jepun, Thailand, Brunei, Singapura dan China, sekali gus membuktikan kemampuan usahawan tempatan dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing di peringkat global.

Post a Comment

0 Comments