Ticker

6/recent/ticker-posts

KUNJUNGAN HORMAT KNK PERKUKUH PERANAN NGO SEBAGAI RAKAN STRATEGIK KERAJAAN NEGERI


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 20 Mei – Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama pertubuhan masyarakat sivil apabila menerima kunjungan hormat daripada pemimpin Konfederasi NGO Kelantan (KNK) ke pejabat Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad, di sini, hari ini.

Menurut catatan yang dikongsi YB Zamakhshari menerusi media sosial rasminya, kunjungan tersebut bertujuan membincangkan perkembangan semasa serta hala tuju dan inisiatif terkini KNK dalam usaha memperkasa peranan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan strategik pembangunan negeri.

“KNK berperanan sebagai platform penyelaras kepada pelbagai NGO di Kelantan dalam merealisasikan agenda Kelantan Future State 2033, selaras dengan pendekatan Whole of Society yang menggalakkan penglibatan aktif masyarakat sivil dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan,” jelas beliau.


Antara perkara yang turut disentuh dalam pertemuan tersebut termasuklah usaha memperkukuh ekosistem NGO di peringkat negeri, keperluan sokongan terhadap program akar umbi, serta peranan KNK dalam memperluas pelaksanaan program pembangunan belia dan masyarakat melalui jaringan NGO sedia ada.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha murni NGO dan terbuka untuk memperkukuh kerjasama yang sedia ada demi membina masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera,” katanya.

YB Zamakhshari turut berharap pertemuan tersebut menjadi pemangkin kepada sinergi lebih erat di antara kerajaan dan masyarakat sivil, seterusnya memperkukuh peranan NGO sebagai tulang belakang kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat Kelantan secara menyeluruh.



Post a Comment

0 Comments