Dr Zulkeflee Yaacob
REPUBLIK Yaman ditubuhkan pada tahun 1990 dengan gabungan Yaman Utara dan Yaman Selatan. Yaman dikenal secara rasmi sebagai Republik Arab Yaman dan Republik Demokratik Rakyat Yaman.
Wilayah Yaman meliputi kawasan Hadhramaut berpantaikan Teluk Aden. Dalam rekod sejarah abad ke-20, Yaman berpecah kepada dua negeri. Wilayah bekas pentadbiran Uthmaniyah, iaitu Yaman Utara menjadi kerajaan selama hampir setengah abad.
Selepas itu pegawai tentera merampas kuasa daripada kerajaan Mutawakilah yang memerintah sejak tahun 1918 dan mencetuskan perang saudara selama lapan tahun sehingga Usmaniah melepaskan wilayah itu ekoran kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang Dunia Pertama.
Di selatan, Yaman dijajah British yang berpusat di Aden dan menjadikannya sebagai pangkalan utama empayarnya dari tahun 1839 hinga 1967.
Dengan menguasai Gibraltar, Suez, Aden, Colombo, Singapura dan Hong Kong, empayar British menjadi unggul di dunia ketika itu.
Kedudukan strategik
Semasa Perang Dingin, Soviet Union memperoleh kedudukan strategik apabila dapat membina pangkalannya di Aden.
Yaman Selatan menjadi negara sekutunya dan Marxis, iaitu kerajaan berfahaman tentera sebaik sahaja mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1967.
Yaman menjadi Republik Demokratik Yaman dan bersekutu dengan Soviet Union. Yaman menjadi satu-satunya negara Arab yang menyertai blok Timur.
Kedua-dua negeri Yaman turut berperang pada tahun 1972 dan mengalami perang saudara, namun pada tahun 1990, bersatu sebagai Republik Yaman.
Pada 2014, pergerakan Ansarullah menguasai ibu kota Sanaa, yang mendorong Arab Saudi membentuk gabungan berbilang negara bagi menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Republik Arab Yaman ketika itu sehaluan dengan kerajaan-kerajaan tentera baharu di Sudan, Mesir, Libya, Syria dan Iraq, iaitu nasionalis kiri yang mengimpikan sebuah empayar Arab yang bersatu.
Pencetus gagasan idea Republik Arab Bersatu, iaitu Presiden Gamal Nasser menarik Yaman dan Syria ikut serta dalam gabungan itu. Bagi mereka dengan perpaduan Arab, suatu indikator untuk Palestin dapat dibebaskan daripada Israel.
Biar pun projek itu gagal tetapi Mesir, Syria dan Yaman mengekalkan nama Republik Arab.
Warga Yaman terdiri daripada masyarakat Islam dengan aliran Sunni 55 peratus, penganut mazhab Sunnah wal Jamaah yang mengikut Imam Shafie dan 45 peratus Syiah.
Dakwah
Misi dakwah orang Yaman pada zaman kekhalifahan dahulu sampai ke Kerala di India Selatan dan seterusnya ke Asia Tenggara termasuk Semenanjung Malaysia.
Kebanyakan penganut Islam di Kerala dan Asia Tenggara adalah Sunnah wal Jamaah, mengikut Imam Syafie.
Penduduk Yaman kuat amalan agama dalam kalangan negara Arab mahu pun di peringkat dunia. Ia diperakui oleh WIN atau Gallup Internasional (Worldwide Independent Network), iaitu firma penyelidikan pasaran dan pengundian bebas) dalam soal selidik amalan beragama.
Manakala penduduk dalam kalangan peribumi pula kurang lebih 1,000 orang Kristian dan kurang 10 orang Yahudi pada tahun 2016, namun menurut Pew-Templeton, iaitu Global Religious Futeres yang menganalisis perubahan agama dan kesannya terhadap masyarakat di seluruh dunia menganggarkan terdapat 40,000 orang Kristian.
Pew Research Center pula sebuah badan bebas dan berkecuali tentang isu, sikap dan trend yang membentuk dunia tidak mengambil pendirian dasar tetapi menjalankan penyelidikan di lapangan dengan prosedur kajian sua temu dan soal selidik.
Kajian berdasar pungutan pendapat awam, penyelidikan demografi, penyelidikan sains sosial dan teknologi pengkomputeran dan pelbagai method penyelidikan lain.
Ia mengkaji politik dan dasar, media; internet dan teknologi, agama; ras dan bangsa; imigrasi dan migrasi, hal ehwal antarabangsa, hala tuju sosial, demografi dan ekonomi.
Yaman vs Zionis
Yaman terlibat langsung melawan Regim Zionis kerana tentera Israel melancarkan serangan ketenteraan kejam ke atas Gaza, mereka membunuh lebih 52,600 warga Palestina sejak 7 Oktober 2023, sebahagian besar wanita dan anak-anak, dan 108,090 orang awam mengalami kecederaan.
Bangsa Yaman akan menang melawan musuh meski pun Israel yang didukung Amerika Syarikat kata seorang pejabat militer Iran yang memetik sumber dari berita Press TV.
Malah Panglima tertinggi Korps Garda Revolusi Islam Iran (IRGC) Major Jenderal Hossein Salami dalam sebuah wawancara dengan saluran televisyen berbahasa Arab Yaman, al-Masirah, memuji bangsa Yaman dengan gagah berani dan tegal membela bangsa Palestina sambil menegaskan bahawa mereka akan menang kelak.
Iran juga mengadakan acara ‘perarakan’ setiap hari Jumaat untuk mendukung Gaza.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bencana kemanusiaan terburuk di dunia akibat peperangan berterusan dengan kira-kira 4.3 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Malah sejumlah 21 juta orang, atau hampir dua pertiga daripada penduduk Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan kerana lebih 450,000 kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang getir pada akhir 2023.
Namun, pembunuhan oleh pencerobohan AS dan UK di beberapa bandar di Yaman termasuk kawasan kediaman di Sanaa, Saada, Al-Bayda, dan Rada'a telah mengorbankan 31 orang dan mencederakan 101 yang lain, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Perkara itu dilaporkan Jurucakap Kementerian Anis Al-Asbahi dan Anadolu Agensi yang memetik Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Kumpulan Houthi.
Sementara Amerika melancarkan serangan udara ke atas ibu kota Yaman, Sanaa, konon menyasarkan tapak Houthi selepas serangan kumpulan itu di Laut Merah.
Amerika dan Inggeris bergabung melancarkan serangan udara terhadap Yaman dengan tujuan untuk mengekang serangan udara di jalur pelayaran laut Merah.
Kedudukan strategik Yaman mendorong Amerika, Arab Saudi dan Iran dalam perang saudara antara kerajaan dengan gerakan Houthi dari tahun 2014 hingga 2021.
Ia bermula dengan gelombang Arab Spring yang melanda dunia Arab, iaitu Tunisia, Mesir, Syria, Libya, Bahrain dan Yaman.
Manakala Angkatan Bersenjata Yaman menerusi gerakan Ansarullah telah mencapai sasaran kapal-kapal yang terkait dengan Israel, Amerika atau Inggeris untuk memaksa di akhiri perang genosida rezim Tel Aviv di Gaza.
Gerakan Ansarullah tidak akan menghentikan operasinya sehingga serangan darat dan udara Israel di Gaza berakhir.
Dengan vokal Houthi berikrar meningkatkan serangan, terhadap Israel. Ini ditegaskan oleh Angkatan Bersenjata Yaman, iaitu Jeneral Yahya Saree dalam sebuah pernyataan, bahawa mereka meluncurkan “rudal balistik hipersonik” yang menyasarkan Bandara Ben Gurion Israel di Tel Aviv.
Rudal tersebut menyebabkan ada yang terkorban dan mengganggu lalu lintas udara di bandara. Amerika mendukung kejahatan Israel di Gaza, namun penganalisis di lapangan menyatakan Amerika dan Inggeris, malah siapa pun yang berperang dengan Yaman akan menemui kekalahan.
Ini kerana banyak negara berperang di Yaman selama 60 tahun mereka tidak menang seperti intervensi Mesir 1960 berubah menjadi tanah lembab militer.
Arab Saudi melawan Ansarallah (penyokong Allah) Yaman, iaitu golongan Houthi, pengikut mazhab Zaidiah yang diketuai oleh Abdul Malik Badruldeen Al-Houth merupakan cabang Syiah kini dipanggil Houthi sebagai pemegang taruh utama penentangan terhadap Israel.
Yaman satu-satu negara yang istimewa di peta dunia kerana kedudukan geografinya sebagai pintu masuk ke Laut Merah.
Mana-mana kapal-kapal jalur dari Asia Barat melalui Iran dan semua negara Teluk Parsi, Asia Selatan, Asia Timur, Asia Tenggara, Australia dan Afrika Barat menggunakannya untuk ke Eropah, Afrika Utara, negara-negara Laut Mediterranean seperti Israel, Lubnan dan Turki, serta juga negara-negara Laut Hitam, iaitu Rusia, Ukraine, Romania dan Bulgaria.
Sumber lain melaporkan negara Oman sebagai pengantara mengusahakan gencatan senjata di antara kumpulan Houthi di Yaman dengan Amerika yang dilangsungkan di Sanaa, Yaman untuk meredakan ketegangan.
Amerika akur
Usaha itu telah mencapai kata sepakat apabila Presiden Donald Trump menyatakan bahawa kumpulan itu tidak lagi melancarkan “serangan ke atas kapal dagang”, dipetik berita agensi Anadolu (AA).
Usaha berkenaan menghasilkan perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak.
Malah, Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi dalam kenyataan menerusi media platform X melaporkan bahawa tiada pihak akan menyasarkan pihak satu lagi, termasuk kapal Amerika di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandab bagi memastikan kebebasan pelayaran dan kelancaran perdagangan maritim antarabangsa.
Sebelumnya Houthi menyerang laluan perkapalan di Laut Merah dan Laut Arab selepas tercetusnya perang Israel di Gaza, sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin pada Mac lalu apabila Trump melancarkan operasi ketenteraan terhadap Houthi di Yaman.
Oleh itu Houthi Yaman telah memperlihatkan upaya merosakkan sistem dunia yang didominasi oleh Amerika dan Israel.
Ini selaras sabda baginda Rasulullah S.A.W dalam Hadis Bukhari bahawa Yaman merupakan antara tempat yang didoakan keberkatan selain Syam.
0 Comments