Ticker

6/recent/ticker-posts

WAU LAMBANG IDENTITI KELANTAN, WARISAN YANG PERLU DIPERTAHANKAN - EXCO PELANCONGAN


Oleh: Asri Hamat

BACHOK, 25 Mei– Wau bukan sekadar permainan tradisional, tetapi merupakan lambang penting yang membentuk identiti dan budaya negeri Kelantan sejak turun-temurun.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata, sejarah wau di Kelantan sangat panjang dan penuh warna, mencerminkan kreativiti serta jati diri masyarakatnya.

“Wau bukan hanya hiburan, malah merupakan satu aktiviti sosial yang mempereratkan hubungan komuniti sejak zaman dahulu.


"Nenek moyang kita dahulu telah menghasilkan wau dengan penuh kesabaran dan seni halus. Bermula daripada pemilihan buluh, proses meraut, mengukir corak, sehinggalah menerbangkannya ke udara."

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup Pesta Wau Antarabangsa Kelantan Kali Ke-42, di Pantai Irama Bachok pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, pesta ini menjadi platform penting untuk mendekatkan generasi muda dengan seni warisan, terutama dalam era digital yang serba moden ini.

“Penganjuran pesta wau antarabangsa tahun ini adalah langkah strategik untuk memastikan seni tradisional ini tidak lapuk ditelan zaman. Kita mahu anak muda bukan sahaja mengenali wau, tetapi juga menghargai dan menyertainya sebagai sebahagian daripada warisan kita,” ujarnya lagi.



Post a Comment

0 Comments