Ticker

6/recent/ticker-posts

DASAR AWAM BUKAN SEKADAR DOKUMEN, TETAPI KOMPAS CAPAI KESEJAHTERAAN RAKYAT

YB Wan Rohimi Wan Daud, Timbalan Exco Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang

Oleh: Asyura Muhamad

KOTA BHARU, 4 Jun -  Dasar awam menjadi kerangka utama bagi menentukan hala tuju sesebuah kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri. 

"Dasar awam juga bukan sekadar dokumen atau pernyataan hasrat, tetapi ia adalah satu kompas yang menggerakkan seluruh jentera pentadbiran dalam mencapai matlamat kesejahteraan rakyat."

Demikian ucapan Timbalan Exco Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang YB Wan Rohimi Wan Daud ketika merasmikan Seminar Dasar Awam Malaysia Peringkat Negeri Kelantan, semalam. 

Beliau juga menegaskan terdapat tiga prinsip utama yang perlu diutamakan dalam menggariskan dasar awam iaitu keadilan, maslahah ummah (membawa kebaikan kepada umum) dan amanah serta integriti (pentadbiran bebas dari rasuah dan kronisme). 

Tambahnya lagi, Kelantan juga mempunyai acuan dan identiti tersendiri dalam melaksanakan dasar. 

"Sebagai contoh, beberapa dasar negeri yang telah digubal dan sedang dilaksanakan termasuklah Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Kelantan, Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan dan beberapa dasar lain lagi kesemuanya dirangka secara bersepadu dan berpaksikan prinsip pembangunan insan menyeluruh yang bersumberkan nilai-nilai Islam," ujarnya. 

 Borhanuddin Ahmad, Pemangku Pengarah Institut Latihan Darulnaim (ILDAN)

Sementara itu, Pemangku Pengarah Institut Latihan Darulnaim (ILDAN), Borhanuddin Ahmad berkata objektif seminar itu dibuat adalah untuk memberi pendedahan yang cukup menyeluruh berkaitan dengan dasar awam di Malaysia  termasuk cabaran dan cara melaksanakannya. 

Selaku pihak menganjur, beliau juga berharap agar seminar tersebut memberi impak maksimum kepada peserta dalam mendokong kerja-kerja pelaksanaan dasar awam di peringkat negeri. 


Manakala, Panel Pembentang seminar iaitu Pengarah Pusat MySDG untuk Keterangkuman Sosial Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Untuk Matlamat Lestari (APPGM-SDG) Dr Khairil Izamin Ahmad turut menzahirkan rasa gembira dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan peserta yang hadir dari pelbagai agensi dan jabatan.

Post a Comment

0 Comments