Ticker

6/recent/ticker-posts

Madani liberal rosak keharmonian negara

 


Dr Zulkeflee Yaacob


DEMOKRASI liberal suatu bentuk pemerintahan melalui perwakilan yang membuat keputusan berlandaskan undang-undang tertakluk kepada perlembagaan yang liberal. 


Perlembagaan tersebut melindungi hak dan kebebasan seluruh rakyat dengan memaksimumkan kuasa apabila memperoleh hak eksekutif pemerintahan dari mana-mana sumber tanpa merit populasi penduduk.


Bentuk demokrasi liberal sering digunakan di kebanyakan negara sedang membangun.


Unsur-unsur seperti liberalisme, konsosialisme, hak manusia sejagat, hak sivil dan politik rakyat, hak mengundi, kebebasan bersuara, kebebasan media, pemikiran kritis, nasionalisme, dan marhaenisme juga diterapkan dalam sistem pemerintahannya.


Liberal ertinya kebebasan dan dari segi etimologi. Kata liberalisme dipinjam daripada bahasa Latin, iaitu liber yang bermaksud bebas dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dalam konsep kebebasan. 


Orang Inggeris menambah bahawa makna yang sesuai untuk liberty ialah bebas dari sekatan bersuara dan perlakuan.


Idealogi liberalisme dibawa oleh Solon, seorang warga Yunani (639-555 Sebelum Masihi) merupakan negarawan dan penyair dari Athena dalam sejarah Yunani kuno. 


Plutarch menyatakan Solon  memperjuangkan isu pengampunan hutang kerana kebanyakan rakyatnya yang miskin harus mengadaikan kebebasan mereka kerana hutang.


Plutarch, seorang ahli sejarah, periwayat, dan penulis esei dari Yunani selain majistret di Chaeronea tetapi statusnya dipertikai ahli sejarah. 


Pandangan Plutarch berasaskan prinsip ilmunya tentang retorik, falsafah dan matematik di akademik Athens ketika itu. Dalam demokratik liberal terma utama menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan. 


Orang liberal berfahaman bebas dan bersifat pandangan terbuka yang tidak dikongkong pada sesuatu aliran pemikiran. 


Lojik akal


Kebebasan berfikir diasuh melalui sumber pembacaan yang menghasilkan cara berfikir logik. Logik adalah hasil daripada serapan ketika berfikir dan logik itu betul menurut fitrah manusia. 


Dengan kata lain, seseorang atau kumpulan masyarakat bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dan melakukan perkara yang difikirkan betul.


Gerakan pemikiran liberalisme mulai berkembang di Eropah sejak abad Ke-15, iaitu sejak Rene Descartes (1596-1650) menulis tentang asas falsafah liberal yang cenderung kepada menggunakan akal fikiran sebagai asas kehidupan. 


Keberanian Descartes diikuti Benedictus de Spinoza yang mendakwa semua alam semesta adalah tuhan atau istilahnya, iaitu pantheisme yang bermaksud semua unsur adalah tuhan.


Abad ke-16, perkataan liberalisme mulai diberikan maksud yang lebih murni, iaitu bermaksud bebas dari perjudis atau toleransi sebagaimana yang dikarang oleh Edward Gibbon dan tokoh-tokoh liberalisme yang lain. 


Idea toleransi beragama, hak memiliki harta, penolakan terhadap ketuhanan raja, idea semua manusia sama dan sebagainya digarap dalam kerangka doktrin liberal.


Fahaman liberalisme aktif pada zaman pencerahan di Eropah. Pelopornya Niccolo Machiavelli yang menghasilkan karya tentang ideologi liberalisme.


Akhir abad Ke-17 muncul pula John Locke digelar bapa liberalisme klasik memberi pencerahan bahawa liberalisme merupakan pola fikir bebas dan orang pertama di Barat yang menggagaskan idea pemerintahan demokratik.


Pisah agama-negara

Liberalisme demokratik, menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan, hak-hak tabie konstitutionalisme di Barat, seterusnya memisahkan antara agama dan negara sehingga bermulanya liberalisasi dalam politik. Bahaya!


John Locke melestarikan fahaman liberalisme melalui gagasan idea hak sama rata, kebebasan dan kebendaan. Beliau menokok idealisme menjadi kontrak dan melanggarnya punca orang mempunyai hak untuk memberontak. 


Manakala David Hume dan Herbert Spencer masing-masing mengarang buku yang mengkaji perjuangan kebebasan, walaupun antara mereka mempunyai sedikit perbezaan dalam memberikan kesimpulan, namun masih berpegang pada asas memperjuangkan kebebasan.


Sementara Milton Friedman mengarang makalah bertajuk ‘The Basic Principle of Liberalism’, dan John Stuart Mill antara tokoh liberal moden yang fokus pada falsafah ekonomi dan politik liberal. 


Milton Friedman pula mengarang makalah bertajuk “The Basic Principle of Liberalism”, dan John Stuart Mill seorang tokoh liberal moden fokus kepada falsafah ekonomi dan politik liberal,


Peringkat awal liberalisme tentang pemerintahan dan konstituinalisme asalnya berasaskan hukum syariat dan mana-mana yang bertentangan dengan ajaran Islam mesti ditolak termasuk tadbir urus negara. 


Namun, idea-idea tersebut kemudiannya berkembang di Barat, pandangan alam (world view) yang sekular dan liberal mewarnai sehingga menjadi idea-idea yang bertentangan dengan Islam dan bercanggah prinsip agama Islam. 


Ia telah dimanipulasikan, iaitu hukum syariat yang bertentangan dengan kepentingan atau matlamat yang ingin dicapai, maka syariat yang perlu disemak semula atau diselarikan dengan prinsip yang dipegang.


Dalam liberalisme terdapat empat aliran utama seperti liberalisme politik, liberalisme sosial, liberalisme ekonomi dan liberalisme agama tetapi kekal berasas kebebasan. 


Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial dengan mempertimbangkan rakyat sebagai tujuan dan matlamat utama politik seperti menekankan kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.


Sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi liberal secara holistiknya melaksanakan pelbagai pembaharuan politik, sosial, budaya dan ekonomi secara menyeluruh. 


Ia dapat menangani sebarang krisis atau konflik yang terjadi di negara berkenaan, biar pun situasi politik negara berkenaan masih terkawal.


Ini termasuk melaksanakan bantuan-bantuan kerajaan untuk golongan yang memerlukan, memulihkan sistem penjagaan kesihatan, memulihkan ekonomi negara, mengatasi isu pengangguran, melindungi alam sekitar dan biodiversiti negara.


Selain itu mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan semua kaum serta agama, mempertahankan kedaulatan negara, melindungi keselamatan negara, menghapuskan budaya rasuah, serta membanteras sebarang aktiviti jenayah dalam negara.

Dr Zulkeflee Yaacob


Madani


Sementara madani berasal dari perkataan Arab yang bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. 


Dengan slogan madani gerakan Islam liberal berakar daripada ideologi liberalisme atas asas untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kejumudan dan mundur kerana fahaman konservatisme dan fundamentalisme agama.


Madani liberal dilihat pada makna spesifik dan konteks kepimpinan kondusif dengan merujuk hadis Nabi SAW riwayat Muslim tentang pemimpin yang membawa amalan bercanggah dengan amalan umat Islam, iaitu “akan datang setelah daripadaku nanti pemimpin yang tidak mengikut petunjuk ku dan tidak beramal dengan sunnah ku”.


Kasus dan fenomena di lapangan memperlihat penghinaan terhadap Islam berterusan. 


Madani menguatkan sifat puak kafir menghina Islam dan Melayu. Istilah kafir kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan rasul-Nya. 


Perkataan ‘kafir’ merujuk kepada seseorang yang tidak beriman kepada Allah SWT. Al-Laith menyebutkan, dikatakan bahawa orang kafir dipanggil sedemikian kerana kekufurannya telah menutupi seluruh hatinya seperti orang Majusi yang menyembah api.


Golongan munafik yang menyokong kerajaan madani untuk kepentingan diri dan kroni, soal agama dibuang asalkan mereka mendapat kemewahan dunia.


Golongan itu jijik sifatnya dan dilaknat Allah. Orang munafik merujuk kepada orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. 


Dari segi istilah, munafik ialah seseorang yang menyembunyikan kekufuran di dalam hati tetapi pada masa yang sama berpura-pura menunjukkan keimanan.


Orang munafik pada zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya mereka tidak beriman.


Ia dikesan melalui amalan mereka biar pun sangat pintar lisan dan bicara tetapi kebenarannya sulit dan tipu daya bicara menepati sabda baginda Rasulullah SAW diriwayat At-Tabrani yang sangat khuatir umatnya memiliki sifat munafik, bahawa sepeninggalan baginda orang munafik sangat pintar berbicara.


Selain berdusta memperlihatkan lisan muluk tetapi tersemat kalimat berbeza di kalbu. 


Sifat orang munafik tertera dalam hadis riwayat Al-Bukhari, iaitu “jika berkata selalu berdusta, jika berjanji selalu mengingkari, jika diberikan kepercayaan selalu khianat, dan jika memusuhi melampaui batas.”


Wahabi


Manakala kumpulan Wahabi pula ciptaan Yahudi untuk menyambut dajjal, usaha pisahkan Islam daripada orang Melayu, tidak menentang kemungkaran tapi perlekehkan ibadat umat Islam.


Kumpulan terbabit sesat yang sentiasa mencari kepentingan dunia. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah atau pun mazhab fikah. Fahaman Wahabi mengemukakan prinsip, iaitu tauhid bersih daripada syirik dan menyerang segala perkara yang dianggap baharu atau bidaah. 


Fahaman Wahabi meluas di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, dan Mauritania. Fenomena lain dikesan, di mana mereka menyokong doktrin liberalisme.


Mereka tidak bermoral dan hina sifatnya kerana kemewahan mudah diperoleh sehingga sanggup menghalal cara haram untuk menutup kebiadapan puak liberal.


Mereka dilihat citra sifat munafik dan kafir saban hari melakukan kebiadapan menghina Islam, nabi dan amalan orang Islam kerana mereka sedar tentang kepercayaannya hanya penipuan dan sesat tetapi malu mengaku kebodohan.


Oleh itu, gerakan liberalisme melatari waktu dengan menghargai kepelbagaian pandangan, membuka pintu ijtihad, perjuangan hak asasi manusia dan mempertahankan kebebasan, namun momokan penghinaan terhadap Islam berterusan jalur keharmonian negara akan hilang.


Madani suatu kasus tepat perkataan mengikut makna dan konteks. Madani gaya Malaysia, mengemukakan enam teras sebagai reka bentuk dasar dan falsafah berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira lapisan dan pemulihan masyarakat melalui reformasi Malaysia yang lebih maju dan makmur.


Misinya untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan enam nilai madani melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama. 


Sifir madani


Visinya pula mencorak masa hadapan Malaysia dengan segala potensi yang ada dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang mengubah dunia, dan bercita-cita mengemudi Malaysia dalam zaman pasca normal yang serba rumit melalui laras bahasa, konsep dan budaya kearifan tempatan.


Nilai Teras Madani, iaitu Kemampanan kualiti hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan. 


Kedua Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan. 


Ketiga, Daya Cipta variasi pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia. 


Keempat, hormat melalui perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia. 


Kelima, keyakinan dengan menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan dan yang terakhir Ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.

Post a Comment

0 Comments