Ticker

6/recent/ticker-posts

Terengganu bantu pelajar UPSI terlibat kemalangan di Gerik

BESUT: Mangsa kemalangan bas yang membabitkan pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 12 Jun lalu menerima bantuan wang tunai disumbang kerajaan Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM77,000 bagi tujuan tersebut. Katanya sumbangan berkenaan diberikan kepada mangsa yang terselamat sebanyak RM1,000 setiap seorang dan RM3,000 keluarga yang meninggal dunia. "Sumbangan sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada keluarga pemandu kereta Perodua Alza, Mohd Lutfi Radzi, 37. Turut menerima sumbangan sebanyak RM1,000 pemandu bas dan kalendannya," ujarnya selepas menziarahi mangsa kemalangan di Kampung Padang Luas, dekat sini baru-baru ini. Beliau turut menziarahi mangsa-mangsa yang tinggal di Kampung Lak Lok dan yang dirawat di Hospital Daerah Besut. Seramai 15 pelajar UPSI terkorban, manakala beberapa lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka terlibat kemalangan tragis di Gerik, Perak baru-baru ini. Menurutnya juga kerajaan negeri akan menanggung kos perubatan melalui Tabung Darul Iman bagi pesakit menerima rawatan termasuk yang memerlukan peralatan sokongan kesihatan. "Kerajaan Terengganu juga akan menanggung sepenuhnya kos pembedahan mangsa tragedi Gerik, Wan Nor Masyitah Wan Hussin yang mengalami kecederaan serius. “Baki lapan pesakit masih dirawat di Hospital Taiping dan Ipoh juga diberi perhatian sepenuhnya," katanya.
Sementara itu ribuan penduduk Besut memenuhi Medan Ilmu Jertih bagi mengikuti majlis kuliah perdana dan doa selamat kepada mangsa kemalangan tersebut Jumaat lepas. Adun Jertih, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, sambutan luar biasa itu merupakan manifestasi sokongan dan simpati masyarakat Besut terhadap nasib mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Kuliah Dhuha khas disampaikan diundang pendakwah terkenal Ustaz Mohammad Wadi Annuar Ayub. Medan Ilmu Bandar Jertih mula diperkenalkan kerajaan Terengganu melalui inisiatif Ustaz Riduan.

Post a Comment

0 Comments