KOTA BHARU, 21 Julai 2025 – Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, merakamkan ucapan selamat bersidang kepada semua Ahli Dewan Negeri Kelantan sempena Persidangan Kali Kedua bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan yang Kelima Belas Tahun 2025.
Beliau menzahirkan harapan agar segala perbahasan dan keputusan yang dibuat sepanjang persidangan ini akan memberi impak besar kepada rakyat dan negeri Kelantan.
"Selamat bersidang kepada semua Ahli Dewan Negeri Kelantan. Semoga segala perbahasan dan keputusan yang dicapai sepanjang persidangan ini membawa manfaat yang besar kepada rakyat dan negeri Kelantan," katanya dalam satu hantaran ringkas media sosial.
Persidangan ini dijangka membincangkan pelbagai perkara berkaitan dasar kerajaan negeri, pembangunan, dan kesejahteraan rakyat selaras dengan agenda Kelantan Sejahtera 2033.
0 Comments