Israel mahu realisasi sistem appartheid di Palestine


KOTA BHARU: Trump antara presiden paling kontroversi dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) selain Andrew Johnson dan Bill Clinton.

Seorang pensyarah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, pemimpin terbabit menjadi aktor genosida dan kontroversi di tampuk massa berlegar pascaperang Iran-Israel.

Katanya, Trump antara tiga Presiden AS yang melunsur dari institusi kepresidenan negara apabila Kongres membuat ketetapan mahu menurunkannya. 

“Trump dituduh penyalahgunaan kuasa dan mendahului Kongres dalam membuat keputusan menyerang tapak nuklear Iran. 

“Sebanyak 230 anggota dewan menyetujui dan 197 menolak fasal pertama namun secara majoriti menolak Trump fasal pertama dan kedua,” katanya di sini.

Pemakzulan tercetus terhadap Trump apabila beliau melakukan panggilan telefon kepada presiden Ukranie Volodymyz Zelensky dan meminta penyelidikan terhadap Joe Biden yang merupakan saingan politiknya. 

Namun, keputusan akhir Dewan Senat yang majoriti dikuasai parti Republikan, menghalangnya dari jawatannya kelak. 


Dr Zulkeflee juga berkata, aktor genosida massa terarah kepada Israel yang cuba menakluk negara lain dengan melakukan genosida. 

Katanya, keberanian Zionis Yahudi kerana AS menjadi benteng ketika rakyat tempatan menuntut Trump tidak terbabit dalam perang Iran-Israel sehingga menyebabkan warga Israel hampir dua juta kelaparan. 

“Aktor genosida tersohor Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel yang menyekat bantuan kepada warga Palestine dan melakukan pengeboman di Gaza. 

“Manakala Itamar Ben-Gvir, Menteri Keamanan Nasional yang total menolak gencatan senjata menggesa menakluk sepenuhnya Gaza. Beliau juga mahu warga Gaza diusir dari tanah mereka. 

“Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant pula merupakan jeneral yang mengatur serangan brutal udara dan darat ke atas Gaza,” ujarnya.  

Menurutnya juga Menteri Kewangan negara haram Yahudi, Bezalel Smotrich yang merencana bajet dan penyediaan dana bagi perluasan pemukiman Israel dan mahu merealisasi sistem appartheid di Palestine. 

Kata beliau pemimpin itu dilihat memicu pendanaan untuk penghancuran desa-desa di Palestine dan mendorong pengusiran warga Palestine.

Post a Comment

0 Comments