A RAHMAN HARUN
TUMPAT: Projek baik pulih dan naik taraf kemudahan tandas rumah ibadat di Kelantan dilaksanakan Indah Water Konsortium (IWK) dibiayai melalui dana Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembentungan (KWSMP).
Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Saizol Ismail berkata, projek itu diselia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Katanya, projek tersebut yang dilaksanakan di Surau Warisan Tok Ayah dan Surau at Tarbiyah Abe Haji Fathi Kampung Laut sudah siap sepenuhnya.
"Saya bersama pegawai SPAN dan IWK hadir pada majlis serahan projek tambah baik kemudahan tandas di rumah ibadat tersebut.
"Terima kasih kerana SPAN meneruskan usaha yang murni ini dan IWK yang komited sebagai agensi pelaksana," katanya selepas program tersebut semalam.
Majlis perasmian dan penyerahan tersebut disempurnakan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah SPAN, Ir Mohd Jalaludin Sulaiman.
Turut hadir Pengarah Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan, Ustaz Mohd Hushaimi Hussian.
SPAN dalam kenyataan memberitahu sebanyak dua daripada 11 projek terbabit telah siap dilaksanakan di Kelantan.
Katanya, sebanyak 23 projek seumpama itu sedang giat dilaksanakan di seluruh Kelantan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang September ini.

0 Comments