![]() |
YB Dato’ Dr. Izani Husin, Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan |
Oleh: Asyura Muhamad
KOTA DARULNAIM, 24 Julai – Kerajaan Negeri Kelantan terus menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan pengguna jalan raya dengan mengambil langkah proaktif mengangkat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf Lebuhraya Jeli–Gerik, laluan penting yang sering menjadi tumpuan rakyat dan pelancong.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr. Izani Husin berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan telah menyerahkan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) merangkumi beberapa komponen penambahbaikan kritikal.
“Antara penambahbaikan yang dicadangkan ialah pembaikan cerun, pembinaan lorong memotong, penambahan saluran paip logam bergelung (Corrugated Metal Pipe – CMP), pemasangan New Jersey Barrier (NJB) di lokasi berisiko dan pemasangan lampu solar bagi pencahayaan yang lebih selamat pada waktu malam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Balah YB Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil, pada Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15, di Kota Darulnaim, pada Rabu.
![]() |
YB Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Balah |
0 Comments