MB Perlis seru penghijrahan minda


KANGAR, 3 Julai 2025
Mengambil semangat hijrah Rasulullah SAW, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri bin Ramli menyeru seluruh rakyat khususnya penjawat awam untuk melakukan penghijrahan minda ke arah kehidupan yang lebih berilmu, produktif dan berdaya saing.

Berucap pada Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1447H / 2025M di Dewan Auditorium PULAPEN, Pusat Koreksional Perlis, beliau menegaskan bahawa peristiwa hijrah bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya satu pedoman besar dalam pengurusan masa, sistem pentadbiran dan pembentukan budaya kerja yang lebih tersusun.

“Hijrah mengajar kita nilai pengorbanan, kesungguhan dan perancangan. Penjawat awam perlu meninggalkan sikap pasif dan sentiasa memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran baharu,” katanya.

Antara bidang yang diketengahkan termasuk teknologi, pertanian moden, falak dan seni bina – sebagai medan baharu bagi pengembangan pengetahuan.

Dalam ucapannya juga, beliau mengumumkan bahawa kempen “Nak Tenang Nak Bahagia Jom Baca al-Quran” akan diperluas ke semua majlis rasmi kerajaan negeri sebagai sebahagian usaha membudayakan al-Quran dan solat dalam kehidupan seharian rakyat Perlis.

Beliau turut mengingatkan kepentingan kebersihan dan kesihatan sebagai cerminan jiwa bersih, selari dengan tuntutan Islam. Beliau juga menekankan nilai kesantunan terhadap tetamu, mengambil teladan daripada penduduk Madinah yang menyantuni para Muhajirin sebagai lambang masyarakat bertamadun.

Post a Comment

0 Comments