Oleh A Rahman Harun
BACHOK: Yang Dipertua baharu PAS Bachok, Zameri Mat Nawang berhasrat memperkukuhkan lagi sokongan rakyat kepada parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang dijangka diadakan pada tahun 2026.
Zameri berkata, PAS Bachok merangka persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada 2026 sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) mahupun Parlimen.
"Ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas sebaik mungkin untuk pastikan sokongan rakyat terhadap PAS tidak berubah.
"Pada mesyuarat baru-baru ini PAS Bachok buat keputusan begitu, maka ambo kena terima dan ambil tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya ketika pada program Bina Ummah di sini semalam.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Bachok minggu lalu, Dato' Hassan Mohamood menarik diri daripada mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS.
Manakala Adun Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Adun Tawang, Harun Ismail sebagai Naib Yang Dipertua.
Ustaz Hassan yang juga bekas Adun Tawang dilantik sebagai Penasihat I dan mantan Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir sebagai Penasihat II PAS Bachok.
Zameri juga berkata, perkara pertama yang akan dilakukan ialah memperkukuhkan perpaduan ahli dan penyokong parti serta melangkah menghadapi tahun pilihan raya bermula 2026.
0 Comments