Oleh Fathi Yusoff Ajami
KOTA BHARU, 22 Julai 2025 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap usaha berterusan Kerajaan Negeri Kelantan dalam membina jati diri anak muda melalui pelbagai inisiatif strategik yang bersifat bersinergi dan berpandangan jauh.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian, Kamarulzaman Che Ibrahim, menyatakan komitmen dan sokongan padu terhadap pelaksanaan Dasar Anak Muda Kelantan (DAMAK) yang digerakkan melalui portfolio Exco Anak Muda serta Urus Setia Belia dan Sukan (UBES) Negeri Kelantan.
Menurutnya, pelbagai program di bawah DAMAK telah berjaya memberikan impak signifikan dalam membentuk generasi pemimpin muda negeri, antaranya:
- Kelantan Future Leaders Institute
- Kem & Akademi Kepimpinan Belia
- Kolej Gentera
- Program Felo Darulnaim
- Konvensyen Kepimpinan Belia Kelantan
“Penerapan nilai-nilai Islam dalam program-program belia seperti kewajipan menutup aurat dalam aktiviti sukan, termasuk Liga Elit DUN, adalah langkah kecil tetapi penuh makn
Ia menjadi simbol kesungguhan kerajaan negeri dalam menyatukan pembangunan fizikal dan spiritual belia,” ujar beliau.<br><br>
“Sinergi bersama NGO dan entiti masyarakat sivil perlu digiatkan lagi agar usaha murni ini mampu melahirkan pelapis kepimpinan negeri dan negara yang berkualiti serta mempunyai asas akhlak yang kukuh,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama antara kerajaan, NGO, dan gerakan anak muda di semua peringkat amat penting bagi memastikan hala tuju pembangunan belia negeri kekal pada landasan yang tepat.
“Semoga segala ikhtiar dan perjuangan ini mendapat nusrah dan petunjuk daripada allah swT", tambahnya lagi.
0 Comments