Sambutan Hari Peladang 20-24 Ogos ini

Oleh A RAHMAN HARUN


KOTA BHARU: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) 2025 akan diadakan pada 20-24 Ogos ini bertempat di Pantai Irama Bachok.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sambutan itu sebagai penghargaan kepada peladang, penternak dan nelayan di Kelantan.

Katanya, penternak yang berminat dijemput untuk menyertai pertandingan Lembu Hibrid sempena HPPNK kali ini.

“Lapan kategori pertandingan lembu hibrid diadakan sebagai usaha mengangkat martabat sektor tersebut," katanya pada catatan di Facebooknya hari ini.

HPPNK 2025 membuka penyertaan lapan kategori iaitu Pejantan Unggul, Pejantan Dogol Unggul, Induk Comel, Induk Dogol Comel, Anak Muda Jantan, Anak Muda Betina, Anak Jantan dan Anak Betina.

Borang penyertaan boleh didapati dalam talian atau diambil di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan dan dihantar selewat-lewatnya pada 3 Ogos.

Post a Comment

0 Comments