Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Nasionalutama

Strategi sekuriti makanan Negeri Kelantan melalui pemerkasaan GLC pertanian

Oleh Fathi Yusoff Ajami

Kerajaan Negeri Kelantan memberi keutamaan kepada agenda sekuriti makanan sebagai salah satu teras utama dasar pembangunan negeri, khususnya dalam konteks pasca pandemik, ketidaktentuan geopolitik dan cabaran perubahan iklim global. Bagi menghadapi risiko keterputusan bekalan makanan serta kebergantungan kepada import, pendekatan menyeluruh telah digerakkan untuk memperkukuh pengeluaran makanan domestik menerusi pemerkasaan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri (GLC) dalam sektor pertanian dan agromakanan.

Pelaksanaan dasar ini adalah selari dengan Dasar Pertanian Negeri Kelantan 2021–2025 , Halatuju Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) 2024–2028 dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sasaran projek flagship portfolio pertanian kerajaan negeri.

YB Ustaz Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi berperanan menyelaras dasar, memudah cara pelaksanaan antara agensi pelaksana, serta memperkukuh hubungan antara GLC dengan kementerian dan agensi persekutuan.

Pencapaian Utama GLC Pertanian Kelantan

1. Peningkatan Pengeluaran Makanan Asas

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK): Projek fertigasi melibatkan 60,000 pot tanaman, menyumbang sehingga 1 tan sayur seminggu dan 2 tan cili setiap pusingan.

Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB): Projek tanaman bawang (20 ekar), harum manis (10 ekar), serta ternakan ayam penelur secara intensif.

Darulnaim Agrotech Industry Sdn. Bhd. (DAMAI): Fokus kepada tanaman jagung bijian, ubi keledek, nenas, kelapa dan durian di kawasan melebihi 150 ekar.

2. Pengukuhan Infrastruktur Rantaian Makanan

Kilang Padi & Beras Darulnaim Sdn. Bhd. dan Kilang Makanan Ternakan Negeri Kelantan meningkatkan keupayaan pemprosesan dan bekalan strategik makanan asas.

Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB): Menyediakan input penting seperti rumput minyak, straw semen beku, benih kultur tisu, serta membangunkan kawasan berteknologi tinggi seperti Green Valley Bio Park dan Kelantan Bio Valley.

3. Pemulihan dan Pembangunan Tanah

Lebih 400 ekar tanah rizab dan terbiar telah dimajukan oleh GLC di lokasi strategik seperti Pasir Mas, Machang, Bachok dan Lojing.

4. Pelibatan Komuniti Tani

Projek-projek GLC melibatkan puluhan peserta tempatan termasuk petani kecil, belia dan koperasi melalui bimbingan teknikal, pemadanan hasil dan penggunaan bersama infrastruktur.

Rumusan

Kelantan kini berada pada landasan kukuh untuk memperkukuh sistem sekuriti makanan negeri melalui strategi pembangunan pertanian berasaskan GLC. Peningkatan produktiviti, pembangunan tanah secara berstruktur, dan pengukuhan rantaian nilai makanan merupakan tiga tonggak utama yang digerakkan secara berfasa dan bersasar.

Pendekatan yang dilaksanakan bersama antara Kerajaan Negeri, agensi pelaksana dan komuniti tani ini diyakini dapat mewujudkan sistem makanan yang mampan, kendiri dan berdaya tahan, sekaligus menjamin kesejahteraan rakyat Kelantan dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan luar dalam jangka sederhana dan panjang.

Rujukan:
Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15, 21–23 Julai 2025.

Catat Ulasan

0 Ulasan