KOTA BHARU: Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas muncul sebagai juara Kejohanan Taekwondo Sekolah-sekolah Negeri Kelantan 2025 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas baru-baru ini.
Sekolah terbabit mendapat 19 pingat emas, perak (13) dan gangsa (12).
Kejohanan tersebut dianjur Kelab Taekwondo AELMA disertai 350 peserta daripada 50 sekolah dari seluruh Kelantan.
Kategori yang dipertandingkan iaitu kyorugi (sparring), poomsae (persembahan seni), kyupa (pemecahan teknikal) dan speed kick Challenge (cabaran sepakan pantas).
Ketua Jurulatih AELMA Negeri Master Zakaria Ismail berkata, kejohanan itu dianjurkan bertujuan meningkatkan penglibatan pelajar dalam sukan taekwondo.
Selain itu mencungkil bakat-bakat muda dari sekolah rendah dan menengah serta membentuk disiplin, kepimpinan dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
“Kejohanan tersebut juga menjadi platform pemilihan atlet ke kejohanan negeri dan kebangsaan,” katanya di sini.
Sempena program tersebut diadakan anugerah jurulatih terbaik AELMA Kelantan yang diterima Master Zakaria, Master Rahamid Mat Yasin, Master Ahmad Mat Sidi, Master Che Muhamad Che Hassan dan Miss Siti Suhanahafiza Zawawi.
Manakala anugerah kecemerlangan kokurikulum taekwondo diterima Mohamad Aidiladha Danish Abd Fattah Kriteria kerana konsisten menghadiri latihan dan mewakili sekolah di pelbagai peringkat kejohanan.
Anugerah kehadiran terbaik latihan dan kejohanan diterima Nik Nur Solehah Muhammad Safian (sekolah rendah) dan Nik Nur Salsabilla Muhammad Safian (menengah).
Anugerah kehadiran terbaik latihan dan kejohanan diterima Nik Nur Solehah Muhammad Safian (sekolah rendah) dan Nik Nur Salsabilla Muhammad Safian (menengah).
0 Comments