Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara Baharu, Ganti Tengku Maimun

Oleh Fathi Yusoff Ajami

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2025 – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lalu selepas enam tahun menerajui institusi kehakiman tertinggi negara.

Pelantikan beliau dibuat selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja dan berdasarkan nasihat Perdana Menteri, selaras dengan Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan.

Turut dilantik ke jawatan utama badan kehakiman:

Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, menggantikan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersara pada 3 Julai.

Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar

PROFIL: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Umur: 62 tahun
Tarikh lahir: 13 November 1962
Pelantikan dalam badan kehakiman:
  • Pesuruhjaya
  • Hakim Mahkamah Tinggi – 8 Ogos 2019
  • Hakim Mahkamah Rayuan – 12 November 2024
Latar belakang politik dan pentadbiran:
  • Senator (2005–2009)
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri (2008–2009)
  • Setiausaha Politik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi
  • Calon BN PRK Kuala Terengganu 2009 (tewas)

Post a Comment

0 Comments