Dato’ Ahmad Yakob kunjungi Pondok Sungai Durian


KUALA KRAI, 28 Ogos – Usai mengunjungi Madrasah Ad Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob meneruskan siri Ziarah Mahabbah dengan menziarahi Yayasan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh YBhg Tuan Guru Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman bersama para asatizah pondok.

Dalam lawatan itu, Dato’ Ahmad turut diiringi oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan, YB Dato' Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail, serta Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat, Tuan Haji Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok (Pak Daeng).


Dato’ Ahmad menzahirkan penghargaan terhadap peranan Pondok Sungai Durian sebagai institusi pengajian Islam yang banyak berjasa dalam melahirkan generasi berilmu dan berakhlak.

Beliau turut mendoakan agar usaha dakwah dan tarbiyah yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Basit serta para asatizah sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Post a Comment

0 Comments