Exco Pertanian Terima Kunjungan Delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan


KOTA BHARU, 28 Ogos – Exco Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, YB Dato’ Ustaz Tuan Saripudin bin Tuan Ismail, petang ini menerima kunjungan seramai 17 orang delegasi daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Jazman Azi bin Jamalludin, Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan, bertempat di Kota Darul Naim.

Kunjungan tersebut bersempena dengan Sesi Libat Urus Dasar Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara oleh KPKM bersama Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai usaha memperkukuh kolaborasi strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.


Menurut YB Dato’ Ustaz Tuan Saripudin, penanaman jagung bijian bakal menjadi agenda nasional yang penting dalam memastikan kecukupan bekalan makanan dalam negara. Usaha ini juga akan mengurangkan kebergantungan kepada import sekali gus memperkukuh sekuriti makanan negara.

Post a Comment

0 Comments