Dr Afifi Meriahkan Sabah Moto Day ke-8, Suarakan Solidariti Untuk Zara Qairina


KOTA KINABALU, 16 Ogos
– Dr Afifi Saif mencuri perhatian apabila turut hadir pada Sabah Moto Day ke-8 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) jam 4.30 petang tadi, bagi menyatakan solidariti terhadap Allahyarhamah Zara Qairina.

Kehadiran beliau di hadapan ribuan peserta dari seluruh Sabah disambut hangat komuniti permotoran, yang menghargai sokongan tokoh masyarakat dalam acara penuh warna itu.

Selain menyampaikan mesej kebersamaan, Dr Afifi turut menerima penghargaan mewakili Alternative Rider Club daripada pihak penganjur sebagai tanda sokongan terhadap peranan beliau dalam mengangkat solidariti di pentas permotoran.


“Kita tidak pernah melupakan Zara dan keluarganya. Semangat solidariti ini mesti diteruskan,” katanya ringkas ketika ditemui.

Sabah Moto Day ke-8 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai antara penganjuran terbesar komuniti permotoran di negeri ini, bukan sahaja meraikan dunia dua roda, tetapi juga menzahirkan keprihatinan terhadap isu masyarakat.

Post a Comment

0 Comments