KOTA KINABALU, 16 Ogos – Pertubuhan Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Sabah turut bersama dalam Himpunan Mega Solidariti Justice For Zara yang berlangsung di Taman Chong Tien Vun, di sini pada petang Jumaat.
Penasihat PAPISMA Sabah, Dr Afifi, berkata kehadirannya bukan sekadar mewakili diri sendiri, tetapi membawa suara kesihatan dan kemanusiaan.
“Saya berdiri di sana bukan hanya sebagai individu, tapi sebagai wakil kepada suara kesihatan dan kemanusiaan,” katanya.
Himpunan yang bermula sekitar jam 2 petang itu disertai pelbagai pihak yang hadir dengan semangat solidariti, menyuarakan harapan agar keadilan ditegakkan secara aman dan bermaruah.
Dr Afifi turut menzahirkan doa agar perjuangan ini menjadi titik perubahan ke arah persekitaran lebih selamat buat generasi akan datang.
“Semoga keadilan terus ditegakkan dengan hikmah, dan semoga perjuangan ini membawa perubahan yang lebih selamat buat semua anak-anak kita,” ujarnya.
0 Comments