SALMAH MAT HUSAIN
BACHOK: Aktiviti memukat ikan suatu ketika dahulu merupakan kerjaya utama nelayan pantai, namun sekarang semakin dilupakan berikutan perkembangan teknologi moden.
Sehubungan itu kerajaan negeri akan menghidupkan kembali warisan tradisional nelayan pantai yang semakin jarang diamalkan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Kamaruddin Md Nor berkata, program itu akan sempena Pesta Mmukat Bachok 2025 pada 16 Ogos ini.
Menurutnya Pesta Mmukat Bachok 2025 akan diadakan di Pantai Impian (Kemasin), Bachok dan dijangka mendapat sambutan penduduk kampung serta pengunjung luar.
“Program itu antara usaha untuk mengembalikan nostalgia kepada mereka yang pernah mencari rezeki melalui kaedah tersebut,” katanya di sini.
Beliau juga berkata, acara terbabit dimasuk dalam kalender Tahun Melawat Kelantan bagi memberi peluang generasi muda menyaksikan kaedah tradisional menangkap ikan.
Kata beliau peserta program itu akan menarik pukat ke darat melalui kaedah mengepung ikan di tepi pantai.
"Pegawai kanan kerajaan negeri dan anggota Exco juga dijangka akan turut serta menjayakan program berkenaan,” ujarnya.
Beliau yakin penganjuran program tersebut akan menarik minat pengunjung kerana ia jarang diadakan sebelum ini.
0 Comments