PASIR MAS, 28 Ogos – Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan, YB Dato' Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail, hari ini mengiringi Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob dalam program Ziarah Mahabbah ke Madrasah Ad Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas.
Turut serta dalam rombongan ialah Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat, Tuan Haji Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok (Pak Daeng). Kehadiran mereka disambut mesra oleh tuan guru pondok dan para asatizah madrasah.
Menurut Ustaz Tuan Saripudin, madrasah seperti ini merupakan benteng akidah dan pusat lahirnya generasi berilmu serta berakhlak mulia yang menyambung perjuangan ulama silam.
Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bagi menyokong pembangunan pendidikan madrasah serta membantu keperluan pelajar. “Mudah-mudahan ia menjadi amal jariah berterusan,” katanya.


0 Comments