BACHOK: FAMA akan bekerjasama dengan beberapa pasar raya di negeri ini bagi mempromosi bawang Kelantan.
Inisiatif itu bertujuan untuk memperkenalkan hasil tanaman tempatan yang julung kali diusahakan kepada pengguna di seluruh negara, terutamanya di Kelantan.
FAMA pada kenyataan berkata, melalui program itu orang ramai berpeluang mendapatkan bawang segar terus dari ladang.
“Selain itu dapat menyokong usaha petani tempatan bagi mengukuhkan kedudukan bawang Kelantan di pasaran,” katanya pada kenyataan.
Semalam diadakan majlis Penuaian Bawang Projek Tanaman Bawang Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Telong, Bachok.
Program terbabit disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Negeri Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Hadir sama Timbalan Exco Dato’ Shaari Mat Husain, Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan Hajah Norbahani Zakaria dan Pengarah FAMA Negeri Wan Faizatul Aniza Ismayatim.
Sementara itu pada perkembangan lain Pengarah FAMA mengadakan lawatan ke Pejabat FAMA Bachok.
Lawatan itu diadakan bagi meninjau aktiviti dan operasi di Pejabat FAMA Bachok.
0 Comments