Ikhlas.com taja 1,000 asnaf tunai umrah


HARUN A RAHMAN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menghargai usaha Ikhlas Com Travel dan Umrah Sdn Bhd menaja seramai 1,000 asnaf untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah Penerangan dan Hubungan Seranta, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, usaha itu membolehkan lebih ramai golongan asnaf merasai pengalaman menunaikan umrah.

"Perbincangan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk mencari asnaf bersesuaian disambut baik," katanya pada hantaran di Facebook semalam. 

Sebelum itu beliau menerima kunjungan wakil agensi tersebut di pejabatnya, MABNA MBI. Turut hadir Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Ikhlas.com merupakan cabang perniagaan di bawah Air Asia Berhad, pengendali penerbangan tambang murah yang berpusat di Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan seramai 15 asnaf terpilih sebagai kumpulan pertama untuk menjejakkan kaki ke Makkah melalui program 'Umrah 1,000 asnaf' anjuran syarikat tersebut.

Mereka menerima tajaan penuh Ikhlas.com yang merangkumi kos pasport, vaksinasi, visa, penerbangan pergi dan balik bersama AirAsia selain disediakan pakej umrah lengkap.

Post a Comment

0 Comments