Pelajar di Mesir sertai Konvensyen Rabbani Murabbi


KAHERAH (Mesir): Kerajaan Kelantan menganjur Konvensyen Transformasi Mahasiswa Rabbani Murabbi Timur Tengah 2025 (TAMAR’25) di Kaherah semalam.

Sebelum itu program serupa diadakan di Jordan sempena lawatan kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

 Anggota Exco Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, program itu turut diadakan sesi soal jawab yang berlangsung dalam suasana interaktif. 

“Para peserta berpeluang mengemukakan pandangan dan pertanyaan, sekali gus menjadikan perbincangan lebih bernilai serta memberi manfaat kepada semua yang hadir,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya. 

Hadir sama Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Zulkfli Abdul Rahman, Rektor KIAS Prof Dr Mazlan Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik YIK Sukri Hussein dan Timbalan Rektor KIAS Dr Nurul Akma Mohamed.

Turut hadir Pegawai Atase Pendidikan di Kaherah. 


Sempena program terbabit juga diadakan majlis penyerahan replika cek daripada YIK kepada Persatuan Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) berjumlah RM4,000.

Di samping penyerahan sumbangan kepada pelajar ijazah sarjana bidang Hadis dan Ulumuhu Ustaz Izra Hassan dan pelajar ijazah sarjana bidang Balaghah Ustaz Mohamad Faiz Sazali.

Sumbangan tersebut disampaikan Timbalan Menteri Besar.

Post a Comment

0 Comments