Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan komited jadi Jelapang Makanan Negara – Menteri Besar
utama

Kelantan komited jadi Jelapang Makanan Negara – Menteri Besar



Oleh: Asri Hamat

BACHOK, 21 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan komitmennya untuk menjadi jelapang makanan negara demi menjamin kecukupan dan keterjaminan makanan dalam negara, kata Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata, faktor perubahan iklim, ketidakstabilan geopolitik, serta sekatan eksport dan import akibat peperangan semakin menekan dunia, khususnya dalam aspek bekalan makanan dan kelangsungan hidup rakyat.

“Oleh itu, Negeri Kelantan telah lama berazam dan bertekad untuk menjadi jelapang makanan negara. Pelbagai inisiatif, program dan projek sedang dan akan terus digerakkan bagi memastikan bekalan dan keterjaminan makanan dalam negeri dan negara mencukupi."

Katanya ketika merasmikan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) 2025 di Pantai Irama, Bachok, pada Rabu.


Menurutnya, transformasi sektor pertanian dan agromakanan turut menjadi keutamaan kerajaan negeri sebagai salah satu langkah strategik ke arah memperkukuh sekuriti makanan.

“Proses ini memerlukan masa yang panjang, tetapi ia telah pun dimulakan dan kini sedang berjalan dengan baik,” katanya.

Tambah beliau lagi, inisiatif itu juga selari dengan pelan Kelantan Sejahtera 2033 di bawah strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI), yang menggariskan keterjaminan makanan sebagai salah satu agenda utama demi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri juga bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi merealisasikan hasrat ini. Ia menunjukkan kesungguhan kita menuntut hak rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.


Antara kejayaan awal hasil kerjasama tersebut ialah projek tanaman bawang di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Bachok yang telah berjaya menghasilkan tuaian pertama sebanyak 18.4 tan.

Beberapa projek dan inisiatif lain juga sedang dilaksanakan dan menunjukkan hasil yang positif, sekali gus memperkukuhkan lagi hasrat Kelantan untuk menjadi hab utama pengeluaran makanan negara.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan