Komited perangi isu penyalahgunaan dadah


KOTA BHARU: Kelantan terus komited memerangi isu penyalahgunaan dadah dengan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah tersebut.

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri tidak sesekali berkompromi terhadap isu terbabit.

Katanya, usaha dilakukan secara berterusan untuk membanteras penyalahgunan najis dadah.

“Marilah kita bergerak bersama dan saling menyokong antara satu sama lain termasuk sokongan rakyat agar segala usaha membanteras najis dadah dapat dilaksanakan lebih berkesan,” katanya pada catatan di laman sosialnya semalam. 

Sebelum itu beliau menerima kunjungan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Dato’ Ruslin Jusoh di pejabatnya. 

Dan selepas itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kelantan di Bilik Gerakan MABNA-MBI Kompleks Kota Darulnaim.


Menteri Besar juga berkata, berdasar laporan perkembangan semasa beliau optimis pendekatan kerajaan negeri melalui strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) menjadi panduan bagi membentuk sahsiah dan rohani rakyat menjauhi larangan Allah SWT.

Post a Comment

0 Comments