Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 24 September – Kerajaan Negeri Kelantan terus melaksanakan slogan dasar negeri berkebajikan apabila sebanyak 170 pelajar di Dewan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor menerima sumbangan sebagai galakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri yang juga ADN Pengkalan Kubor YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat di Wisma Imtiaz, Pusat Khidmat Dewan Negeri (PKD), Pengkalan Kubor pada Selasa.
YB Dato' Wan Roslan Wan berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke menara gading.
“Ia sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada para pelajar agar mereka terus cemerlang dalam bidang akademik,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial beliau pada Selasa.
Beliau turut berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban kewangan pelajar. serta memberi semangat baharu dalam usaha menuntut ilmu.
"Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan bebanan kewangan pelajar serta memberi semangat baharu kepada mereka dalam usaha untuk menuntut ilmu.
"Kami di DUN Pengkalan Kubor sentiasa mendoakan agar mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya lagi.




0 Comments