Kelantan fokus bangunkan usahawantani berasaskan inovasi


KOTA BHARU, 3 Sept (Bernama) – Kerajaan Kelantan menekankan usaha melahirkan lebih ramai usahawantani kreatif dalam bidang bioteknologi pertanian sebagai antara langkah mengangkat industri berkenaan ke tahap lebih tinggi.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, YB Dato' Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, berkata inisiatif itu penting bagi memperkukuh sektor pertanian moden yang berasaskan inovasi serta berdaya saing di pasaran.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Agri Bio Class: Penghasilan Produk Hiliran Berasaskan Kelulut di Dewan Fiber, Institut Latihan LKTN di sini, hari ini.

Program anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd itu menghimpunkan seramai 20 usahawan yang terlibat dalam penerokaan inovasi produk hiliran berasaskan kelulut.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan terhadap usaha memperkasa penghasilan produk hiliran pertanian yang bukan sahaja memberi nilai tambah kepada hasil tempatan, malah berpotensi menembusi pasaran lebih luas.


Post a Comment

0 Comments