Rakyat makin berani bersuara


IPOH: Ekspresi ‘turun Anwar’ pada unjuk rasa Ogos lepas berlaku kerana rakyat mulai merasa resah ekoran kos kehidupan semakin meningkat. 

Malah isu tersebut juga diketengahkan negarawan Tun Mahathir Mohamad bagi menuntut janji-janji pemimpin melaksanakan perubahan negara. 

Pensyarah psikososio Dr Zulkeflee Yaacob berkata, dalam demokrasi jurang elit kaya dengan rakyat miskin boleh mengundang keadaan negara yang tidak menentu. 


 Dr Zulkeflee Yaacob

Katanya, rakyat mencari kehidupan dengan sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan kehidupan. 

“Ini menyebabkan rakyat makin berani bersuara lantang tanpa basa basi. Malah mereka sudah muak diperdaya berkali-kali khususnya terhadap usaha memartabatkan Islam dan isu simbol negara. 

“Negara sebenarnya tidak kekurangan orang bijak tetapi kekurangan orang yang ikhlas dan amanah, apabila akal dan hati mengawal garasi material maka jadilah manusia hilang empati,” katanya di sini.  

Menurutnya kelangsungan pemerintahan perlu ada sifat peduli dan empati kerana dalam diaspora nilai budaya Melayu diikat melalui kekuatan dalam saf. 


Kata beliau juga pemerintah era kerajaan Madani dilihat wujud pelanggaran konsituensi dan tidak konsisten dalam hukum negara. 

“Negara terdedah keberangkalian musibah apabila membuka ruang dan peluang mengembangkan politik dinasti iaitu nepotisme. 

“Ia melawan prinsip demokrasi dan rukun negara sekali gus pelanggaran hukum dan kejahatan kerana mereka takut menghadapi persaingan positif dan saksian hukum,” ujarnya.  

Beliau juga berkata, pemimpin tidak harus menaikkan kadar cukai dan memperkenalkan cukai bagi mengisi kantung kewangan negara, sedangkan rakyat semakin terbeban.

Post a Comment

0 Comments