Kota Bharu, 23 Sept – Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan hari ini mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Harian bagi sesi 2025–2027 selepas Mesyuarat Khas yang diadakan pada 1 Rabiul Akhir 1447H bersamaan 23 September 2025.
Pesuruhjaya PAS Kelantan terus dipimpin oleh YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, manakala Timbalan Pesuruhjaya I disandang oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
Turut dilantik, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Ustaz Dato’ (Dr) Mohd Amar Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.
Jawatan Setiausaha diisi oleh YB Dato’ Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, manakala Bendahari ialah YB Dato’ Ustaz Abdul Rahman Yunus. YB Ustaz Mohd Asri Mat Daud pula memegang jawatan Ketua Penerangan dan YBrs Dr Hj. Wan Nik Wan Yusoff dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.
Tiga jawatan Penolong Setiausaha masing-masing disandang oleh YBrs Dato’ Ustaz Haji Abdullah Yakub, YBrs Dr Haji Nazmi Ghazali Azmi dan YBrs Ustaz Mohd Ashari Mohd Zain.
Selain itu, tujuh orang turut dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan iaitu YBrs Prof Emeritus Dato’ Dr Johari Mat, YB Haji Wan Rohimi Wan Daud, YB Dato’ Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman, YBrs Dato’ Haji Hanifa Ahmad, YB Puan Hajah Rohani Ibrahim, YB Hilmi Abdullah, dan YB Zamakhshari Muhamad.
0 Comments