KOTA BHARU: NGO Suara Gaza memerlukan sumbangan sebanyak RM12,500 untuk menghantar dan memasak bahan mentah bagi keperluan penduduk di Gaza.
Pengerusi Gabungan NGO Suara Gaza, Nazri Deraman berkata, pihaknya mendapat bantuan bahan mentah makanan daripada jaringan di Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Katanya, rakan kongsi di Ameriah Arab Bersatu memberi sumbangan beras, tepung, kekacang dan pelbagai lagi.
Kata beliau bahan makanan tersebut cukup untuk disediakan kepada tiga kem di tengah dan selatan Gaza yang mampu bertahan sehingga 10 hari.
“Sumbangan itu diterima sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu bagi membantu penduduk di Gaza,” katanya di sini.
Nazri berkata, keperluan mendesak tersebut disuarakan petugas Suara Gaza yang berkampung di selatan dan tengah Gaza.
“Petugas di sana tidak dapat menangani keadaan di Gaza ketika melihat orang ramai datang mahu untuk mengambil air, namun bekalannya sudah habis. Ada petugas hiba melihat situasi tersebut.
“Begitu juga makanan yang diterima tidak boleh dimasak kerana ketiadaan minyak, kayu, sos tomato dan petrol. Petugas di Gaza amat mengharap bantuan dari luar kerana penduduk tiada makanan dan bekalan air,” ujarnya.
Menurutnya juga NGO Suara Gaza terpaksa menanggung hutang sebanyak RM17,600 bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan hampir setiap hari di Gaza.
Namun kata beliau bantuan tidak akan dapat diteruskan secara konsistan sekiranya sumbangan yang diterima berkurangan.
Oleh itu orang ramai dipelawa menghulur sumbangan melalui Akaun Pertubuhan R Kelantan (Bank Islam – 03120010000318).
Laporan harian boleh didapati melalui Channel whatApps Suara Gaza https://whatsapp.com/channel/0029VaszhED2ER6ZFm6YLk3M. Maklumat lanjut boleh hubungi 013-981 1605.
0 Comments