PUTATAN, 3 Sept – Perikatan Nasional (PN) melancarkan jentera pilihan raya Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Putih, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Putatan, Sabah dalam satu majlis di Sipanggil malam tadi, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu menghimpunkan lebih 30 penduduk kampung bersama pimpinan kawasan dan jentera pilihan raya. Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan Penyelaras DUN Tanjung Keramat, Dr Afifi Saif, yang menegaskan bahawa PDM perlu berfungsi lebih daripada sekadar pusat operasi pilihan raya.
![]() |
Dr. Afifi Saif |
“Pelancaran jentera ini menandakan kesungguhan PN untuk memperkukuh persiapan di peringkat akar umbi. PDM akan menjadi pusat koordinasi yang bukan sahaja menyusun strategi pilihan raya, tetapi juga menghubungkan pimpinan dengan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Beliau berkata kejayaan jentera bergantung kepada komitmen bersama antara pimpinan, petugas, dan masyarakat setempat.
“Hubungan erat dengan penduduk adalah kunci kepada kekuatan kita. Tanpa sokongan mereka, sebarang strategi tidak akan mampu memberi impak sepenuhnya. Justeru, kita mahu memastikan setiap PDM berperanan sebagai jambatan aspirasi rakyat,” katanya lagi.
Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Akmal Othman, bersama pimpinan kawasan dan penyokong setempat yang hadir memberikan sokongan moral kepada jentera.
Program diakhiri dengan sesi ramah mesra yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni, memberi ruang kepada penduduk untuk menyuarakan pandangan mereka secara langsung kepada pimpinan PN.
0 Comments