Kelantan salur sumbangan laksana agenda perpaduan kaum


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 5 Oktober — Kerajaan Negeri Kelantan terus komited memperkukuhkan semangat perpaduan kaum dengan menyalurkan sumbangan kepada wakil-wakil penerima daripada pelbagai pertubuhan masyarakat bagi melaksanakan pelbagai program perpaduan kaum.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad di pejabatnya pada Khamis.

Menurutnya, walaupun nilai sumbangan yang diberikan tidak terlalu besar namun ia tetap membawa makna besar dalam menyokong usaha persatuan-persatuan pelbagai kaum.



“Sumbangan ini mungkin tidak besar, namun diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu persatuan-persatuan pelbagai masyarakat melaksanakan pelbagai program khususnya agenda perpaduan kaum."

Beliau berkata demikian menerusi satu catatan di media sosial miliknya pada Khamis.

Tambah beliau lagi, sumbangan ini juga sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan kerajaan negeri Kelantan dalam menyokong agenda perpaduan.

"Inisiatif ini juga merupakan simbol komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyokong agenda perpaduan sejajar dengan gagasan yang diketengahkan iaitu Kelantan Model Perpaduan," ujarnya.



Post a Comment

0 Comments