Masyarakat India disantuni sempena Deepavali


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media YB Rusli Abdullah

TUMPAT, 21 Oktober 2025 – Sempena sambutan Deepavali pada tahun ini, Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah bersama rombongannya dan Ahli Parlimen Tumpat YB Dato' Mumtaz Md Nawi telah mengadakan kunjungan mesra ke kediaman masyarakat India selama tiga hari berturut-turut.

Rombongan tersebut menziarahi penduduk meliputi empat lokaliti iaitu Kampung Padang Rokma, Kampung Padang Lati, Kampung Kok Seraya dan Kampung Kulim.

Dalam kunjungan tersebut, turut disampaikan sumbangan kepada keluarga yang diziarahi sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan sempena perayaan Deepavali 2025.


YB Mohd Rusli turut beramah mesra dengan penduduk setempat, mengenali lebih dekat ahli keluarga masyarakat India serta mendalami keunikan budaya dan juadah tradisi yang disajikan sempena sambutan perayaan tersebut.

Beliau berharap sambutan perayaan itu memberi kegembiraan kepada masyarakat India di DUN Wakaf Bharu dan mengeratkan perpaduan kaum di Kelantan.

“Selamat menyambut Deepavali 2025 kepada seluruh masyarakat India. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, mengukuhkan lagi perpaduan kaum dan mengekalkan keharmonian di Kelantan.” katanya melalui media rasmi beliau pada Ahad.

“Inisiatif ini mencerminkan semangat perpaduan dan keakraban antara pemimpin serta rakyat. Ia selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memperkukuh hubungan harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk,” ujarnya.




Post a Comment

0 Comments