Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco
Kredit foto: Unit Media Exco
TUMPAT, 6 Oktober – Pasukan Nasrom FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Jajahan Tumpat Piala YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat selepas menewaskan Aladin WBW FC menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Kereta Api, Tumpat, pada Jumaat.
Pertarungan sengit antara kedua-dua pasukan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam masa penuh permainan sebelum Nasrom FC menamatkan saingan dengan kemenangan melalui penentuan penalti.
Juara kejohanan, Nasrom FC membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,500 berserta medal dan piala kejuaraan, manakala Aladin WBW FC selaku naib johan menerima hadiah wang tunai RM4,500 serta medal.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, penganjuran kejohanan tersebut bukan sahaja memupuk semangat kesukanan, tetapi turut memperkukuh perpaduan masyarakat setempat.
“Kejohanan ini bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi medan untuk memperkukuh ukhuwah dan semangat kerjasama dalam kalangan belia dan masyarakat.
"Saya berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih meluas,” katanya menerusi satu hantaran di media rasmi milik beliau pada Jumaat.
Dato’ Wan Roslan turut merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan Nasrom FC atas kejayaan menjulang kejuaraan dan syabas kepada Aladin WBW FC yang memberikan saingan sengit hingga ke penentuan penalti.
“Kejohanan ini diharap menjadi platform berterusan bagi mengukuhkan semangat kesukanan, ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Tumpat khususnya serta rakyat Kelantan amnya,” ujarnya.
Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir yang penuh meriah itu ialah Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad serta ADN Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan.
0 Comments