Oleh Salmah Mat Husain
KOTA BHARU: Tanpa
sedar pemimpin utama Parti Amanah Negara (PAN) kini semakin tenggelam memandangkan
‘cybertrooper’ parti itu lebih cenderung menjulang Presiden PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim di media sosial.
Ia mengulangi apa yang pernah berlaku ketika mereka bersama PAS, di mana ketika itu lebih selesa memuja Anwar dan Lim Guan Eng berbanding menghargai kepimpinan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, penyokong Amanah dilihat terlalu taksub mengangkat perdana menteri, sehingga mengabaikan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Katanya, keadaan itu memperlihatkan seolah-olah perjuangan Amanah kini hanya berpaut kepada Anwar dan bukan lagi kepada perjuangan parti itu.
“Dalam keghairahan menyanjung Anwar, ramai yang tidak sedar Mohamad Sabu semakin tenggelam dalam arus politik negara.
“Ahli dan penyokong Amanah gagal mempertahankan maruah serta peranan presiden mereka sendiri, sebaliknya lebih sibuk menulis pujian terhadap Anwar,” katanya di sini.
Menurutnya lebih mengejutkan lagi difahamkan ramai pemimpin Amanah melompat ke PKR secara senyap, sedangkan pimpinan parti itu hanya berdiam diri.
0 Comments