Yahudi golongan paling kuat memusuhi Islam – MB Kelantan


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 23 Oktober – Golongan Yahudi merupakan kumpulan yang paling kuat memusuhi Islam, kata Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Menurutnya, kaum musyrikin pula merupakan golongan kedua yang kuat menentang Islam selepas Yahudi.

“Orang Yahudi ini sangat bahaya kerana mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan Allah. Pada pandangan mereka, golongan lain semuanya hina. Inilah doktrin yang ditanam oleh orang Yahudi terhadap keturunan mereka, sebab itu golongan ini tidak ada sifat belas kasihan terhadap orang Islam."

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas pada Konsert Amal Sumud Palestin yang diadakan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.





Beliau turut menyifatkan bangsa Yahudi sebagai golongan yang sering memungkiri janji.

“Kalau kita lihat situasi sekarang ini, walaupun perjanjian gencatan senjata diadakan antara Israel dan Palestin, mereka tetap akan mencabulinya. Itulah Yahudi,” katanya lagi.

Tambahnya, bangsa Yahudi juga pernah disebut dalam al-Quran sebagai kaum yang disumpah oleh Allah SWT menjadi kera dan babi akibat keingkaran mereka terhadap perintah Ilahi.

"Orang Yahudi yang muda disumpah menjadi kera, manakala yang tua disumpah menjadi babi,” jelasnya.

Program Konsert Amal Sumud Palestin itu diadakan bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin serta mengumpul sumbangan bagi membantu mangsa kezaliman rejim Zionis.

Program tersebut turut diserikan dengan slot bicara khas Sumud Palestin bersama peserta Sumud Nusantara iaitu Musa Al- Nuwairi, Zulfadhli Khairuddin dan Ilylia Balkis Suhaimi.


Post a Comment

0 Comments