1,102 menara komunikasi beroperasi di Kelantan


Oleh: Asyura Muhamad

KOTA DARULNAIM, 11 November – Terdapat 1,102 menara komunikasi berpermit yang beroperasi di negeri Kelantan sebagaimana rekod Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) yang dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Daripada jumlah tersebut, 990 menara dibina di atas tanah, manakala 112 lagi ditempatkan di atas bumbung bangunan, jelas Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Pasir, Yb Tuan Mohamad Nasriff Daud di Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2025 di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.


Beliau turut memaklumkan bahawa fi (yuran) dan bayaran tahunan bagi sesebuah menara adalah sebanyak RM2,750 yang merangkumi permit menara struktur sebanyak RM2,000 dan lesen perniagaan sebanyak RM750.

“Secara keseluruhan, anggaran hasil setahun yang diperolehi oleh kerajaan adalah sebanyak RM3,030,500 yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," ujarnya.

Tambahnya,, kadar bayaran lesen penggunaan tanah yang digunakan untuk menara atau pun struktur telekomunikasi adalah sebanyak RM500 setahun bagi jenis tanah pertanian, manakala RM1,000 setahun bagi jenis tanah bangunan.

Post a Comment

0 Comments