Calon peperiksaan perlu ada kesungguhan, sentiasa dampingi guru – Exco Pendidikan


Oleh: Syamimi Manah

TUMPAT, 5 November – Calon peperiksaan diingatkan supaya menanam sifat kesungguhan serta sentiasa mendampingi guru sebagai kunci kejayaan dalam menuntut ilmu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata demikian dan berkongsi pesanan Imam Al-Ghazali kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) di Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Huda (SABK) Kajang Sebidang, Pengkalan Kubor, hari ini.

Menurutnya, Imam Al-Ghazali menggariskan enam perkara penting untuk mencapai ilmu iaitu kecerdasan, keinginan yang kuat, kesungguhan, kewangan, mendampingi guru dan memerlukan tempoh waktu yang panjang.


Tambahnya, elemen tersebut bukan sahaja untuk cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga dalam membina masa depan yang berjaya.

Dato’ Wan Roslan yang juga Ahli Dewan Negeri Pengkalan Kubor turut menyampaikan kit peperiksaan berupa alat tulis kepada seramai 94 pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Semoga adik-adik diberikan kemudahan dalam setiap urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akan datang,” katanya.



Post a Comment

0 Comments