Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 6 November – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah bagi tempoh sebulan bermula 1 Disember hingga 30 Disember 2025.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud ketika membentangkan Belanjawan Negeri Kelantan 2026, hari ini.
Menurutnya, langkah itu mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat meringankan beban kewangan serta menggalakkan penyelesaian tunggakan cukai tanah sebelum berakhirnya tahun kewangan.
"Sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin dan sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, bahawa dengan ini saya mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan,” katanya.
Tambahnya, diskaun tersebut akan dilaksanakan tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2025.

0 Comments